Sunday, 1 May 2011

until i took the first step...

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحَيْمِ

assalamualaikum wbt

just a friendly reminder frm encik Maher Zain in his song Alhamdulilah

"Until I took the first step
And that’s when you opened the doors for me
Now Allah, I realized what I was missing
By being far from you"

until i took the first step..so kita kene la berusaha utk mencari redha ilahi, sbb mcm mana Allah nk bagi cahaya kat kita if kita x bukak tingkap utk cahaya tu masuk, ye x? moga kita semua terus tsabat di jalan mengejar redha Allah, insyaAllah.

moga bermanfaat

Thursday, 14 April 2011

wonderful world

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحَيْمِ

Assalamualaikum wbt.

it is not a wonderful world. dunia bukan tempat utk bergembira ye.

[17:18] the holy Quran
Sesiapa yang menghendaki (kesenangan hidup) dunia, Kami akan segerakan kepadanya dalam dunia apa yang Kami kehendaki, bagi sesiapa yang Kami kehendaki; kemudian Kami sediakan baginya neraka Jahannam (di akhirat kelak), untuk membakarnya dalam keadaan yang hina lagi tersingkir dari rahmat Allah.


i was told that dunia ini hanyalah ladang akhirat, not more than that. so boleh kejar dunia, tp HANYA utk mendapatkan akhirat, get it? (that's why it's called ladang, duhh)

[59:18] the holy Quran
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan.


tgk ayat ni "memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat)." this is what i meant by ladang akhirat.

memang cakap senang. tulis lebih senang sebenarnya. tapi nak buat tu, sangat2 perlu bermujahadah. tapi takpe, Allah tengok usaha kita insyaAllah.

maka, kene usaha la. doa pun usaha. doa supaya Allah tanamkan tumuhat utk melakukan all the good amalan, doa supaya Allah permudahkan utk mendekatiNya. doa supaya Allah never let us go astray.

btw, kalau la ade masalah dunia skali pun (ni untuk diri sendiri), i bet its nothing compared to masalah kat padang mahsyar nanti (*ok menggeletar nk tulis ni) sbb kat sana nanti masalah kita is.....mana nk cari amalan yg xcukup nk selamatkan kita??? T_T

dunia kene letak kat tangan, never ever di hati. hati only kene ada Allah.

oh, dan saya dpt inspirasi wonderful world drpd encik james morrison (my old flame since highschool) *astaghfirullah, duniawi niiii*

I've been down so low
People look at me and they know
They can tell something is wrong
Like I don't belong

And I know that it's a wonderful world
But I can't feel it right now
Well I thought that I was doing well
But I just want to cry now
Well I know that it's a wonderful world
From the sky down to the sea
But I can only see it when you're here, here with me

tapi kita ubah sikit, when u r here with me, maksudnyaaaaa, you tu, Allah laaa :)

so, now its not so duniawi afterall, hehe

moga bermanfaat

Thursday, 7 April 2011

a tribute to my ukhti

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحَيْمِ

Assalamualaikum..

just wanna share a very nice piece of article written by my beloved ukhti..

this article is just too cool not to share with others, and of course as a tribute to her, because Allah sent her to me 4 years ago, she never gave up on me, never stopped praying for me T_T , you are definitely the person i'll remember for the rest of my life, cuz u knew exactly the spot in my heart to be "touched"..

source: click here

Tribute untuk tiger-tiger dakwah-

Aku menulis post ini kerana aku rasa terlalu banyak salah faham dalam kalangan masyarakat terhadap usrah. Aku tidak salahkan mereka yang salah faham. Aku juga tidak salahkan orang-orang usrah yang memang tidak dinafikan, seperti manusia biasa, mereka juga banyak kelemahan. Macam kata-kata yang selalu kita dengar, orang usrah bukan malaikat. Mereka tidak suci dari kesilapan. Bisa jadi, salah faham yang menempel pada term Usrah ini datang dari orang-orang usrah sendiri, tapi itu tidak memberi kau atau aku atau mereka atau sesiapa saja sebarang hak pun untuk menyalahkan mereka. Kerana kita semua manusia.

Kalau 5-10 tahun yang lalu, kalau kau ajak aku ke usrah mungkin aku akan ikut kalau homework aku dah siap atau kalau aku rasa macam nak dengar pasal Islam sikit-sikit sebab rasa macam dah lagha sangat hidup ini. Ataupun besar kemungkinan aku tak ikut pun, sebab aku dah plan nak basuh baju, nak sidai baju, nak baca buku, nak tidur etc. Boleh jadi juga aku tempik je kau sebab aku tak suka orang paksa-paksa aku masa zaman-zaman remaja(tapi sekarang ni pun aku rasa aku remaja lagi..hehe). Atau tidak mustahil juga belum sempat kau nak ajak aku ke usrah, aku dah lari jauh-jauh supaya tak jumpa kau sebab aku malas nak borak dengan orang-orang macam kau. Ya, 5-10 tahun yang lalu, bagi orang-orang yang pernah bertemu aku ketika aku berusia belasan tahun, mungkin boleh predict sikit-sikit reaksi aku macam mana. Dengan gelang-gelang hitam aku yang banyak macam pakai tayar basikal je kat pergelangan tangan ini dan ditambah dengan wrist band segala, aku rasa kau orang tak nak dekat dengan aku pun.

Aku ingat lagi, di MRSM aku setiap hujung minggu akan ada ceramah pagi-pagi yang sepatutnya semua orang wajib pergi. Tapi aku bangun lewat, so bila sampai kat dewan, semua orang dah ada di dewan, so malu nak masuk dan ditambah pula perut yang lapar, aku dan teman serumah yang satu geng akhirnya berpicnic di belakang dewan sambil makan roti canai ketika orang lain mendapat sajian dan makanan hati. Masuk Taiping, aku jadi manusia sikit. Tapi manusia robot pula. Nasib baik tak mati masa di MRSM Taiping, kalau tak apa aku nak jawab kat Allah kalau Allah tanya tentang usia mudaku. Tak menyumbang kepada umat langsung masa tu.

Dengan segala kedegilan dan kerosakan waktu-waktu silamku, Allah masih sudi menawarkan kepada aku sehamparan taubat dan hidayah. Ya, Allah bukan menawarkan kepada aku sahaja. Kalau kau baca hadith 40, mesti kau akan jumpa tawaran Allah ini. Aku cukup berterima kasih kepada Allah yang masih memberikan aku dan teman-temanku peluang bersujud kepadaNya dengan sepenuh jiwa, peluang bekerja dijalanNya sepertimana Rasul dan para sahabat, peluang mendapat ganjaran-ganjaran Syurga yang tidak mungkin ada sesuatu yang setanding dengannya di dunia ini, peluang merasa tenang dengan ujian dan tenteram dalam aqidah yang benar, peluang merasai nikmat berkorban segala-gala yang dimiliki demi memastikan obor dakwah Islam terus menyala.

Hari ini, kalau kau belum usrah dan kau dikejar-kejar oleh orang usrah, percayalah cakap aku. Mereka bukan hantu kak limah. Mereka cuma orang-orang yang penuh kasih sayang yang mahu kau sama-sama merasai indahnya kehidupan bersama-sama Islam. Mereka cuma manusia-manusia ikhlas yang mahu kau selamat dari azab Allah. Pergilah ke seluruh pelosok dunia dan kau tidak akan temui sahabat yang lebih baik dari seorang sahabat yang mahukan syurga untuk kau di akhirat sana. Benar bukan?

Aku tak peduli apa kata mereka tentang usrah. Kerana aku terlalu cinta kepada dakwah yang telah memberi aku kehidupan ini. Kerana aku terlalu cinta kepada usrah yang telah memberi makna kepada hidupku kembali. Kerana aku terlalu yakin bahawa inilah satu-satunya jalan menuju redha dan syurgaNya. Kerana aku terlalu percaya bahawa inilah jalannya untuk menyelamatkan umat manusia yang semakin hari semakin lemas dalam jahiliyyah yang fana.

Aku budak usrah. Tahun ini inshaAllah, bakal jadi tahun keempat kami.

Ketahuilah, tidak pernah aku jumpa manusia-manusia yang lebih ikhlas dan penuh kasih sayang seperti mereka sehinggalah aku merelakan tarbiyyah dan dakwah ini keatasku.

Mudah-mudahan Allah membenarkan kita untuk terus istiqamah dan thabat di atas jalan ini. Tolonglah, andai suatu hari nanti aku berarak pergi bersama awan jahiliyyah yang sering memendungi diri, tariklah tanganku agar aku terus bersama kumpulan ini.

So macam mana? Nak tak masuk usrah? Hehe.



Wednesday, 30 March 2011

Doa yang terlupakan


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحَيْم

Ungu - Doa yang terlupakan

Akhirnya ku hanya memiliki-Mu
Dalam hidupku kini
Dan akhirnya hanyalah tentang diri-Mu
Yang meyakini setiap langkahku


Setelah aku menafikkan diri-Mu
Setelah aku meninggalkan-Mu
Ya Tuhan ku ampuni segala dosaku
Tunjukkan ku jalan kembali untuk-Mu
Ya Tuhan ku rahmati segala langkahku
Agar ku temukan indahnya cinta-Mu

Ku sadari hanyalah pada diri-Mu
Ku 'kan temukan cinta sejatiku

Ku sadari hanyalah tentang diri-Mu
Yang mendamaikan seluruh jiwaku

source: click here

Sunday, 27 March 2011

BERSYUKUR & REZEKI

Seringkali kita mendengar orang mengatakan tentang bersyukur. Tapi kadang-kala, sebagai manusia yang lemah dan semakin dimamah usia, kita sering lupa untuk mempraktikkan amalan yang mulia ini.

· Adakah ia sekadar bermain di bibir atau adakah hanya apabila kita ditimpa sesuatu yang tidak kita ingini sahaja kita melahirkan sifat kesyukuran ini?

· Rezeki yang telah Allah kurniakan juga datang dalam pelbagai cara selain daripada nikmat-nikmat yang nyata seperti kesihatan, kekayaan, cemerlang dalam akademik dan sebagainya. Namun, terdapat juga kurniaan-kurniaan yang kadangkala kita tidak sedar yang ia sebenarnya rezeki kepada kita.

· Hal ini termasuklah:

- Kefahaman ketika menuntut ilmu

- Dapat menjumpai orang yang dapat menunjukkan kita jalan di kala kita sesat mencari lecture hall

- Ada orang tolong belikan panadol and nasi ayam apabila kita demam

- Ada orang murah hati belikan hadiah masa birthday:)

- Dan lain2 (boleh difikirkan sendiri)

· Namun, walaupun kita sering lupa untuk bersyukur kepada Allah atas segala nikmat-Nya yang tidak terkira ini, Dia masih tetap memberi dan terus memberi rezeki-Nya kepada kita secara berterusan.


· Marilah kita fikir-fikirkan :)


Friday, 25 March 2011

TrUtH Vs LiE vS hOpE

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحَيْمِ


I was on my 13th playback on the recent james morrison's latest single 'broken strings' when a part of the chorus catched my attention….
'the truth hurts…but a lie's worse…."
It got me thinking… is it true?

I remember one of the famous hadith which says ' berkatalah benar sekalipun ianya pahit'.. It is so common in our life… at one point, I thought it was some kind of peribahasa or something, u know… in m'sia, we use this in all kind of situation, right from religious talks to cynically/jokingly "advises" our friends…

all this is to preach one simple thing…always tell the TRUTH...

The funny thing is… we cant keep our own tongue from uttering lies, whether it’s a white lie or just a lie..why is that? For me, the answer is simple, because truth HURTS...most times…

but a lie is suppose to be worse, right?
Well, indeed it is….but BEWARE in todays world, lies sometimes hide in the name of HOPE….

its not wrong to hope, right?!
Well, it's not…we need hope in our life… when we have hope, we wont give up easily, bcoz knowing there r chances to succeed in anything…..a cancer patient need to hope that there r chances for longer life… a student would hope to succeed in exams….

When is hoping bcomes lying?
It's easy… when we deny the truth n just bcoz wanting something else to happen….

Sometimes, finding the truth is easy, but the hard part is whether we want to see it and ACCEPT it or we're just gonna blind ourselves for reasons like love n trusts n HOPE…

We don’t wanna call it lies, bcoz it's terrible! But 'hope' is okay, rite????

People who lies r liars…but what about people who lies in the name of 'hope'?


“You can think I’m wrong, but that’s no reason to stop thinking…” =)

Sunday, 20 March 2011

SEminar Sistem Islam (SESI 2011)..the aftermath.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحَيْمِ

Assalamualaikum wbt.

Moga sentiasa dlm rahmatNya, insyaAllah.

Just my thoughts on the recent program we had, SESI..(let's just cut the formality shall we?)

sape2 yg x pegi memang rugi, hehe, tp nk buat camne kn? Allah dh tetapkan siapa yg pegi n siapa yg x, n same applies here, Allah la yg tetapkan yg saya nk sharekan ape yg dh dpt kat SESI weekend baru2 ni...tho i did not make as much notes as i usually do, but i really2 LOVE this seminar! (Kudos to the SESI 2011 team!)

there were 4 sessions, and each one caught my heart's attention in their own way..so here goes:

Session 1 - Sistem Islam dalam kehidupan Muslim (Hj Shamsul Ma'arif Hj Ismail)
  • talk ni caught my attention sbb its very2 close to our life, i mean ye la, tajuk pun dlm kehidupan muslim kan? so senang nk tgk praktikalitinya whenever he explains it.
  • as an overall, he simply wants to say that Islam is our DEEN, the way of life. its not like any other typical religion, that separates ibadah n non-ibadah (i.e. islam is not particle yg membahagikan life in juzuk2, separating daily life with ibadah).. Islam is DEEN, sistem kehidupan yg lengkap. its obvious kan islam ni menyeluruh, islam ni syumul, sbb kalau tgk dlm kehidupan rasulullah s.a.w sendiri, he practice islam every single breath he took! (kalau x sure pasal ni boleh la baca sirah nabawiyah, by mustafa sibaie, best2!)
  • the things that really2 caught my heart :
"islam perlukan org beriman utk memenangkan islam, eventho mmg islam agama yg benar dan akan menang pun" - ini sunatullahnya, so kita kene la bersiapkan diri utk jadi org yg betul2 beriman!

"Islam adalah manhaj kehidupan yg paling selamat & membawa penyelesaian kpd semua masalah" - fuh, ini cool! with islam everything can be solved? how awesome is that?

  • Deen = Dunia + Akhirat = ujian + external life = awesome equation!
Session 2 - Sistem Ekonomi : Dinar & Dirham, dimana kekuatan dan praktikalitinya? (Zulkifli Hasan)

  • ok this session is super duper best! coz its economics! one of my fav subject back then in highschool (dan paper paling senang dlm spm)...but not just that, this talk is very2 informative! rasa mcm banyakkknyeee current issues xtahu, huhu..hence kene banyak membaca ye rakan2!!
  • oleh kerana xtulis note pun time session ni (sebab fascinated sgt dgn presentation yg best n he did present it like a bullet train), so xberapa bnyk la yg boleh sye ulaskan kat sini..tapi jisnya, mmg sistem ekonomi islam la yg terbaik!!! sbb mmg sistem ekonomi islam je yg adil kat dunia ni (of coz, Allah yg cipta, mesti la paling adil, paling terbaik)..teringat masa SPM dulu, cikgu tuition tu dia hindu, tp dia sendiri sgt suka sistem ekonomi islam, n if i remember correct, dia sendiri harapkan satu dunia ikut sistem ekonomi islam..subhanallah, terbaik x cikgu ni? (cikgu jeya mmg best!)
  • after this talk mmg rasa ilmu pengetahuan sye sgt2 la cetek, asyik dok baca lecture notes engineering je, mmg la xberpengetahuan luas (zzaaassss) hence, lets do more reading ppl.. not just economics, but semua sistem islam!!!
Session 3 - Sistem Social (Dr Najibah Mohd Zain)

  • talk session ni pun xkurang bestnya! bila dgr talk ni, rasa mcm aaaa, corruptednya society kitaaaa T_T realiti umat sekarang sgt2lah menakutkan..again, sistem social yg paling2 terbaik, sistem social yg digariskan dlm islam..nothing else! aqidah sbg paksi utama, sbg teras kehidupan..cube fikir, knape society kita corrupt sgt ni? sbb aqidah x sejahtera laa (miwasafat tarbiyah ranking pertama dlm list tuu, hehe) so, kalau aqidah xsettle lagi camne?? kene sgt2 tanamakan kekuatan aqidah dlm individu, so pembentukan individu tu sgt2 crucial!! kalau nk relate dgn maratib amal, individu muslim is the lowest step..n kalau nk relate dgn Maslow theory hierarchy of needs (cewah, apply economics kat sini ^_^) kita xleh pegi next level until kita dah fulfil level bawah sekali, hence sama la, maratib amal ni, selagi x bina individu muslim yg sejahtera aqidahnya (dan lain2 muwasafat tarbiyah) , jgn nk mimpi laa ada sistem social yg sejahtera, ape lagi nk mimpi ustaziatul alam tu..
  • hence, kita smua kene bertanggungjawab dlm msykt, kene jaga nafsu, xbuat perkara yg boleh mbawa kpd kebinasaan...
Session 4: Sistem Politik (Syahrul Hidayat a.k.a pak syah)

  • sye secara jujurnya, xleh nk ulas panjang2 yg ni (atas sebab2 tertentu hehe) tp, mgg best la talk ni..(aaa semua pun beeesssttt) susah skit sbenarnye nk faham bahasa indonesia ni, so language barrier is one of the reason sye xfhm sgt (nasib baik slides were in english, so in a way dpt la ape dia nk ckp) he was talking about sistem khalifah, and all those stuff..he did mention abt the weakening n declining of sistem khalifah, it happened masa zaman turki jatuh tu kan 3Mac1924, sebabnye?? sebab orang islam lemah! senang2 je sekularism mengasai over sistem khalifah?? what is this?!! (sorry emo kejap) anyhow, everything goes back to us la, bila kita lemah, xyah la nk berangan ada sistem politik yg ideal (i.e sistem khalifah)
ok, rasanye dh tulis panjang ni, just nk simpulkan yg kita ni umat islam, kene bukak mata skit, kene sedar diri yg ummah sgt2 memerlukan kita utk bangkit semula. kalau bukan kita, siapa? cuba try fikir balik, kenapa sye join jalan dakwah n tarbiyah ni? cube check balik, mutaba'ah amal, cube check balik hubungan dgn Allah, check2 semua ni.. this phrase really got me "keimanan juga ketaqwaan, rahsia mereka capai kejayaan"-lagu adakah kau lupa..

so, fikir2 kan lah ye, apa yg patut kita buat utk contribute to this ummah..igt, our mission doesn't stop here, ending kita kat akhirat, so ape2 kita buat kat dunia ni ada saham kat akhirat nnt... so, kalau nk sejahtera dunia akhirat, all goes back to sistem islam. the ultimate sistem , insyaAllah.

moga bermanfaat.

selamat beramal.

wassalam.