Sunday 27 March 2011

BERSYUKUR & REZEKI

Seringkali kita mendengar orang mengatakan tentang bersyukur. Tapi kadang-kala, sebagai manusia yang lemah dan semakin dimamah usia, kita sering lupa untuk mempraktikkan amalan yang mulia ini.

· Adakah ia sekadar bermain di bibir atau adakah hanya apabila kita ditimpa sesuatu yang tidak kita ingini sahaja kita melahirkan sifat kesyukuran ini?

· Rezeki yang telah Allah kurniakan juga datang dalam pelbagai cara selain daripada nikmat-nikmat yang nyata seperti kesihatan, kekayaan, cemerlang dalam akademik dan sebagainya. Namun, terdapat juga kurniaan-kurniaan yang kadangkala kita tidak sedar yang ia sebenarnya rezeki kepada kita.

· Hal ini termasuklah:

- Kefahaman ketika menuntut ilmu

- Dapat menjumpai orang yang dapat menunjukkan kita jalan di kala kita sesat mencari lecture hall

- Ada orang tolong belikan panadol and nasi ayam apabila kita demam

- Ada orang murah hati belikan hadiah masa birthday:)

- Dan lain2 (boleh difikirkan sendiri)

· Namun, walaupun kita sering lupa untuk bersyukur kepada Allah atas segala nikmat-Nya yang tidak terkira ini, Dia masih tetap memberi dan terus memberi rezeki-Nya kepada kita secara berterusan.


· Marilah kita fikir-fikirkan :)


3 comments:

  1. Sweetnye org belikan panadol dan nasi ayam time demam. Kawan time senang mudah dicari, time susah, precious! Alhamdulillah. Betul kate Qilah, rezeki dtg dlm pelbagai cara, in so many ways yg kite tak sangka2. Syukur sgt, Allah beri peluang kite realise bende tu. Takut suatu hari nanti Allah kaburkan dgn terlalu banyak nikmat, sampai lupa utk bersyukur. Jazakillah khayr dear for the gentle reminder. Esok pagi kite cube bangun pagi je, ucap syahadah, okeh!

    Rabbana yussahil!

    ReplyDelete
  2. Subhanallah, jazakillahkhayr sis for this post. short n sweet :) post ni ade related dgn our "mini conference" smalam ke?? hehe..bile cik ensyuhadah cakap "syukur at least adik2 nakkan kebaikan" - i was like *dduusshhh* huhu ---> nmpk sgt xbersyukur T_____T
    jazakillah again for this reminder,

    yg sedang berusaha utk mnjadi hamba yg bersyukur

    ReplyDelete
  3. ensyuhadah and BigKid:jom2 kita sama2 bersyukur :)

    ReplyDelete